Mac 11, 2018

Pertama sekali, suatu tinjauan semula bagi ramalan minggu lepas:

  • EUR/USD. Kebanyakkan pakar-pakar (60%) meramalkan pertumbuhan euro ke 1.2400 terdahulu, dan kemudian lebih tinggi ke paras tertinggi Januari-Februari, 1.2500-1.2555. Dalam separuh pertama minggu lepas, pasangan ini berjaya naik sehingga 1.2445 sahaja. Selepas itu. trend bear kembali dan pasangan ini mengakhiri minggu di paras yang sama pada permulaan minggu, 1.2305;
  • GBP/USD, kemeruapan pasangan ini tidak setinggi yang diramalkan. Pasangan ini kekal di dalam lingkungan 1.3765-1.3930 dan tidak mencapai mana-mana sasaran yang ditetapkan. Hasilnya, pergerakan pasangan ini diterangkan sebagai trend sisi dengan Titik Pivot 1.3850;
  • USD/JPY. 40% daripada para penganalisis menyentuh cita-cita pasanga ini untuk naik ke paras rintangan 106.40 dan mungkin lebih tinggi ke 107.65. Ramalan ini disokong oleh 15% daripada pengayun yang memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dijual. Bagi analisis graf, pasangan ini dijangka untuk meningkat ke 106.40-107.15, yang mana telah berlaku. Paras maksimum mingguan ditetapkan pada 107.05, dan minggu lepas berakhir di sekitar 106.80;
  • Kita beralih ke matawang kripto, aset yang sangat sukar untuk diramalkan kerana kemeruapan terlampau mereka. Trend yang dicadangkan oleh kami adalah 100% tepat: sedikit pertumbuhan pada mulanya dan diikuti dengan satu kejatuhan hebat. Bagi BTC/USD, kami meramalkan pertumbuhan pada permulaan minggu (pasangan ini berjaya naik sehingga 11,670), diikuti dengan kejatuhan (pasangan ini jatuh hampir 30% ke paras 8,320). Bagi ETH/USD, kami meramalkan kejatuhannya ke zon 900-940 menjelang akhir minggu. Sungguhpun begitu, keruntuhan Ethereum melampaui jangkaan, pasangan ini merekodkan paras terendah mingguan di 635. Ramalan bagi LTC/USD adalah: pertumbuhan ke 240 (realitinya 217.30) diikuti dengan kejatuhan ke 180-200 (realitinya, 157.50). Bagi XRP/USD yang bergerak dalam lingkungan yang sangat sempit pada penghujung Februari, pergerakannya semakin rancak dengan ketibaan musim bunga. Ripple meningkat ke 1.025 terlebih dahulu, kemudian jatuh hampir 35% ke 0.670.

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • Hampir 55% daripada pakar-pakar berpendapat pengenalan duti import ke atas keluli dan aluminium oleh Presiden Trump akan meningkatkan daya tarikan dolar, yang akan menyebabkan EUR/USD jatuh ke 1.2000. Walau bagaimanapun masih terdapat sebilangan besar penganalisis berpendapat, buat sementara waktu, pasangan ini akan kekal di dalam saluran sisi 1.2150-1.2550 yang merupakan lingkungan pergerakan pasangan ini sejak pertengahan Januari.
    Bagi ramalan jangka sederhana, pendapat pakar-pakar dan bacaan analisis graf adalah bertentang. Pakar-pakar berpendapat pasangan ini akan jatuh ke paras 1.1900 manakala analisis graf meramalkan pertumbuhan ke 1.2800. Bacaan pengayun tidak memberi isyarat yang jelas juga. Pada H4, 85% menunjukkan kejatuhan, manakala 15% memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dijual. Bagi D1, bacaan juga tidak jelas: satu pertiga daripada pengayun meramalkan kejatuhan, satu pertiga adalah neutral dan satu pertiga lagi meramalkan pertumbuhan pasangan ini;
  • GBP/USD. Penunjuk-penunjuk tidak jelas, dengan ada yang berwarna merah, berwarna kuning dan berwarna hijau. Kebanyakan penganalisis (80%) meramalkan trend menurun yang bermula pada 25 Januari akan berterusan. Sokongan adalah pada 1.3760 dan 1.3585.
    20% daripada pakar-pakar dan analisis graf pada D1 meramalkan pasangan ini akan cuba melintasi rintangan pada 1.4065. Sokongan adalah dalam zon 1.3710-1.3760;

  • kita tidak patut bergantung kepada pengayun dan penunjuk trend dalam meramal USD/JPY bagi minggu ini. Ia adalah tidak mungkin untuk membuat ramalan yang jelas menggunakannya bagi pasangan ini. Pendapat pakar-pakar juga terbahagi juga: 33% menyokong bull, 33% menyokong bear dan yang lain terbeku di tengah.
    Analisi graf melakar satu trend sisi pada H4 di dalam 105.25-107.65. Analisis carta pada D1 pula menunjukkan pasangan ini melintasi batasan bawah saluran ini dan jatuh ke zon 103.00;
  • bagi pasangan matawang kripto yang asas, para pakar meramalkan penerusan trend menurun. BTC/USD dijangka jatuh ke 8,320, dan jika paras ini dilintasi, turun ke 7,740. Pakar-pakar juga meramalkan yang sama bagi Ethereum, Litecoin dan Ripple, yang mana diramalkan akan jatuh 10% ke 20% nilainya.

Kami perlu menyatakan di sini bahawa acara-acara yang kecil juga mampu mempengaruhi trend dan kemeruapan matawang kripto. Maka kami amat mencadangkan kepada anda untuk mengamalkan pengurusan wang bijak, yang mana, digabungkan dengan leveraj 1:1000 akan mengurangkan risiko perdagangan anda dengan ketara. Dengan leveraj sebegini, bagi pesanan membeli 10 Bitcoin, 100 Ethereum, 500 Litecoin atau 100,000 Ripple, anda hanya memerlukan $100, dan anda boleh menyimpan baki wang anda sebagai simpanan.

https://ms.nordfx.com/promo/tradecrypto.html

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Promosi
dan Bonus
Keadaan dan tawaran istimewa untuk dagangan yang menguntungkan. Ketahui Lagi
Ikuti Kami