Februari 25, 2018

Pertama sekali, suatu tinjauan semula bagi ramalan minggu lepas. Perlu dinyatakan bahawa ramalan bagi bitcoin dan pasangan matawang kripto lain terbukti tepat 100%.

  • EUR/USD. Mengimbas kembali, dalam tempoh masa singkat, hanya satu pertiga daripada pakar-pakar menjangkakan kejatuhan pasangan ini. Apabila berubah dari ramalan mingguan ke ramalan jangka sederhana, golongan yang menyokong ramalan matawang AS semakin kuat meningkat dari 30% ke 65%. Bermua dari hari Isnin, dolar bergerak kuat dan menarik pasangan ini ke bawah. Penganalisis menamakan 1.2335 dan 1.2235 sebagai sasaran. Pasangan ini telah mencapai sasaran yang pertama dan menghampiri yang kedua dengan mencapai paras bawah tempatan pada 1.2259. Pasangan ini kemudian bertukar arah dan mengakhiri sesi mingguan dalam zon 1.2295;
  • Ramalan yang serupa telah diberi bagi GBP/USD. Sama dengan kes EUR/USD, dalam jangka masa sederhana, penyokong bear meningkat dari 35% ke 60%. Hanya 10%^ daripada pengayun pada D1 memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dijual, yang bermakna pasangan ini dijangka jatuh dalam awal March. Sungguhpun begitu, pasangan ini jatuh 175 mata dari Isnin sehingga Khamis. Kemudian, setelah euro memenangi kembali kerugiannya, pasangan ini mengakhiri sesi perdagangan dengan 1.3965;
  • USD/JPY. Pendapat pakar-pakar mengenai pecahan garis bawah koridor sisi jangka sederhana 108.00-114.75 terbahagi separuh. 45% berpendapat ini buka suatu senario yang realistik dan menjangka pasangan ini akan bergerak naik. 20% daripada pengayun bersetuju dengan pendapat ini dan memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dijual. Carta mingguan menunjukkan pasangan ini hampir mencapai lingkungan 108.00, kemudian kehilangan kuasa bull dan jatuh 110 mata ke bawah, menunjukkan paras sokongan / rintangan pada 106.90;
  • Seterusnya kita berbincang mengenai matawang kripto. Adalah diketahui umum bahawa tujuan utama ramalan ini adalah untuk menentukan trend. Ramalan bagi matawang kripto ini terbukti 100% tepat. Bagi sasaran, disebabkan oleh kemeruapan pasangan-pasangan ini yang luar biasa tinggi, perbincangan mengenai paras-paras adalah tidak sesuai. Penggunaan zon-zon sokongan/rintangan yang mempunyai lingkungan yang lebih luas adalah lebih sesuai. Sungguhpun begitu, hasil ramalan masih terbukti tepat juga:
    - Dalam memberi ramalan bagi bitcoin (BTC/USD), dalam pertengahan-Januari, kami menyatakan zon $10,000 sebagai salah satu zon kunci. Sepanjang masa ini, pasangan ini telah bergerak naik turun sekitar lingkungan ini. Berikut adalah ramalan mingguan yang lepas: pertumbuhan ke zon 10,500-11,000, diikuti dengan kejatuhan ke 9,470. Pasangan ini bergerak utara dalam separuh minggu pertama dan mencapai paras 11,750. Tetapi menjelang Rabu,  pencapahan ganda dua malah pencapahan ganda tiga sudah kelihatan dalam pelbagai carta-carta pengayun. Perubahan trend diperhatikan dan hasilnya, pasangan ini jatuh ke paras 9,555;
    - Ethereum (ETH/USD): mengikut ramalan, pasangan ini akan naik ke 1,000 terlebih dahulu, kemudian jatuh ke 775,840. Dalam realiti, pasangan ini naik ke 975.80, kemudian berubah arah dan jatuh ke 783.80;
    - Litecoin (LTC/USD): mengikut ramalan, pasangan ini akan naik ke 250, kemudian berubah arah dan jatuh ke paras 220, dan jika melintasi paras ini, kejatuhan ke 165 adalah dijangka. Hasilnya, pasangan ini naik ke 251, kemudian bertukar arah dan jatuh ke 180;
    - Ripple (XRP/USD): ramalan mengatakan pasangan ini akan naik ke 1.164, kemudian bertukar arah dan kembali ke paras sokongan 0.83, atau 0.77. Dalam realiti, pasangan ini naik ke 1.143, kemudian bertukar arah dan jatuh ke  0.79.

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • EUR/USD. Hampir 70% daripada pakar-pakar, dengan sokongan majoriti penunjuk, meramalkan pasangan ini akan terus jatuh, menyatakan paras sokongan terdekat di 1.2200 dan 1.2165. Sokongan yang seterusnya adala di 1.2070.
    Apabila berubah ke ramalan jangka masa sederhana, golongan penyokong bear berkurangan dari 70% ke 45%. Separuh daripada penunjuk trend dan pengayun pada D1 telah mengambil kedudukan yang neutral, manakala analisis graf pada rangka masa hari siang menunjukkan pergerakan ke utara: pasangan ini diramalkan akan mencapai paras rintangan 1.2550 terlebih dahulu, dan jika berjaya melintasi, ia akan memecut ke 1.2685;
  • GBP/USD. Kebanyakan penunjuk adalan berwarna hijau. Pendapat penganalisis terbahagi separuh: 50% menyokong kejatuhan pasangan ini, 50% menyokong pertumbuhannya. Bagi analisis graf, H4 menunjukan pergerakan dalam saluran sisi 1.3835-1.4145. Apabila berubah ke D1, lingkungan pengayun berkembang ke 1.3765-1.4345.
    Perlu dinyatakan, bagi jangka masa sederhana, hampir 70% daripada pakar-pakar meramalkan kejatuhan padangan ini, menjangka pasangan ini kembali ke 1.3300-1.3550;
  • USD/JPY. Untuk dua minggu yang berturut-turut, pakar-pakar tidak dapat mencapai suatu persetujuan mengenai lintasan garis bawah koridor sisi jangka sederhana 108.00-114.75. Hanya 5% daripada pengayun memberi isyarat yang pasangan ini telah terlampau dijual. 30% daripada penganalisis, dengan sokongan analisis graf pada H4 dan D1, masih berpendapat lintasan itu adalah isyarat palsu dan menjangka pasangan ini kembali ke 107.80-108.00, malah lebih tinggi ke rintangan pada 109.85.
    Bagi kebanyakan pakar-pakar, mereka berpendapat pasangan ini akan sekali lagi cuba mencapai sokongan pada 105.54 dan jika berjaya melintasinya, pasangan ini akan memecut ke 104.30. Dalam tempoh sederhana, mereka berpendapat pasangan ini akan bergerak ke paras terendah 2016 dalam zon 98.99-101.20;
  • dan akhir sekali, aset utama pasaran matawang kripto, bitcoin. Pakar-pakar, dengan sokongan penunjuk volum dan pengayun, berpendapat BTC?USD akan terus jatuh sehingga pertengahan minggu, mencapai paras bawah tempatan dalam zon 8,400-9040, dan selepas itu berlaku perubahan tren. Pasangan ini kemudian akan kembali ke paras 9,900-11,000.
    Para penganalisis berpendapat dinamik yang serupa adalah dijangka bagi pasangan-pasangan matawang kripto lain yang ditawarkan oleh NordFX (ETH/USD, LTC/USD, XRP/USD, dll.).
    Mereka berpendapat trend menurun ini akan kekal sehingga penghujung Februari, diikuti dengan lantunan dan kembali ke paras tertinggi minggu-minggu yang lalu.

 

Pedagang sekalian, syarikat broker NordFX menawarkan kepada anda, peluang untuk berdagang matawang kripto dengan paras leveraj 1:1000.

Deposit dalam USD dan bitcoin.

https://ms.nordfx.com/promo/tradecrypto.html

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami