Januari 21, 2018

Pertama sekali, suatu tinjauan semula bagi ramalan minggu lepas:

  • EUR/USD. Pasangan ini tidak dapat melepasi "zon dekad ini" yang dijelaskan sebagai paras tertinggi dua tahun 2017 dan paras terendah Jun 2010 dan Julai 2012. Oleh itu, kami tidak membuat jangkaan yang pasti pada minggu lepas. Kumpulan pakar dipenuhi dengan ketidaktentuan: 40% menjangka pasangan ini akan naik, 40% menjangka ia akan jatuh, dan 20% tidak pasti. Kesemua mereka adalah betul: pasangan ini naik dan turun sahaja. Pasangan ini mengakhiri minggu lepas pada 1.2215, berdekatan dengan paras di mana ia bermula;
  • GBP/USD. Ramalan minggu lepas adalah seperti berikut: "40% daripada penganalisis meramalkan, dengan kelemahan dolar, pergerakan GBP/USD dalam saluran menaik jangka sederhana akan berterusan...Dalam kes ini, sasaran terdekatnya adalah zon 1.3835-1.4000." Ramalan ini terbukti tepat, dimana pasangan ini meluru naik pada hari Isnin dan mencapai rintangan 1.3940, cuba melepasi paras ini dua kali; setelah dua percubaan yang gagal, pasangan ini mengakhiri tempoh lima-hari dalam zon 1.3850;
  • Bagi USD/JPY, kebanyakan penganalisis (70%) adalah tepat, mereka telah mengenalpasti keinginan pasangan ini untuk bergerak selatan. Pasangan ini bergerak mendekati paras 110.00 dikenalpasti sebagai sokongan terdekat pada Rabu 17 Januari, kemudian pasangan ini mengundur. Pasangan ini, setelah bergerak secara tidak pasti, sama seperti EUR/USD, kembali ke zone 110.80, paras dimana sesi mingguan bermula;
  • Dalam memberi ramalan USD/CHF, 60% daripada para pakar menyatakan pasangan ini akan jatuh ke paras rendah 0.9575. Pasangan ini memenuhi ramalan ini, malah cuba melepasinya dengan mencapai paras bawah setempat pada 0.9535. Sunguhpun begitu, pasangan ini tidak kekal di situ dan kembali naik 100 mata ke paras 0.9640.

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis daripada pelbagai bank dan syarikat broker, berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • EUR/USD. Mengikut undian para pakar, "bear" mendahului dengan sedikit (55% vs 45%), pasangan ini dijangka kembali ke sokongan pada 1.2165, dan, jika ditembusi, jatuh ke zon 1.2000-1.2080. Perkembangan ini juga disokong oleh analisis graf dan kebanyakan pengayun pada H4.
    Bagi "bull", mereka bersetuju dengan penunjuk trend dan pengayun pada D1, yang meramalkan pasangan ini naik melepasi 1.2400;
  • GBP/USD. Kebanyakan penunjuk bagi pasangan ini adalah berwarna hijau. Sungguhpun begitu, 15% daripada penunjuk telah memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dibeli. Bagi para pakar, sungguhpun hanya 50% daripada mereka menjangka pasangan ini akan bergerak selatan dalam masa depan terdekat, 85% daripada mereka bersetuju pasangan ini akan berbuat demikian dalam jangka masa sederhana.
    Sasaran "bull" adalah 1.4000 dan 1.4090. Ramalan "bear" adalah pasangan ini akan jatuh ke 1.3585, dan kemudian ke paras sokongan 1.3455 dan 1.3300;
  • USD/JPY. Pasangan ini berada di dalam saluran jangka masa sederhana 108.00-114.75. Kebanyakan pakar (70%), disokong oleh 80% daripada penunjuk, berpendapat bahawa dengan melepasi paras sokongan pada 110.00, pasangan ini akan terus pergerakan ke batasan bawah saluran ini.
    30% daripada penganalisis dan analisis graf pada H4 dan D1 tidak bersetuju dengan pendapat ini. Dalam pendapat mereka, pasangan ini akan melantun kembali sekurang-kurangnya ke rintangan 112.05.
    Bagi jangka masa sederhana, bilangan pakar yang menyokong kenaikan pasangan ini ke 112.00-113.75, meningkat ke 65%;

  • Pasangan terakhir dalam ulasan kami adalah USD/CHF. 55% daripada pakar, bersetuju sepenuhnya oleh penunjuk pada D1 dan analisi graf pada H4, menyatakan trend ke bawah yang berterusan, yang mana sasaran muktamad adalah paras terendah musim panas 2017, berdekatan 0.9400. 45% pakar yang lain dan analisis graf pada D1 menyatakan kejatuhan pasangan ini telah berakhir, dan ia dijangka akan naik melepasi 0.9700. Rintangan seterusnya adalah 0.9835.

Antara acara ekonomi dalam minggu akan datang, yang mungkin mempengaruhi kemeruapan pasangan matawang dan arah trend adalah kenyataan daripada Bank Jepun pada Selasa 23 Januari dan Jumaat 26 Januari, serta keputusan ECB atas kadar faedah dan komennya pada Khamis 25 Januari.

 

NordFX menawarkan kepada anda, peluang untuk berdagang matawang kripto (Bitcoin, Litecoin dan Ethereum) dengan leveraj 1:1000!

Sebaran adalah minimum, buka akaun dalam hanya 1 minit.

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami