Januari 17, 2018

Keputusan undian Majlis Pakar-Pakar Akademi MasterForex-V telah diumumkan, dan NordFX telah dinamakan sebagai 'Broker Terbaik Dunia' dalam tahun ketiga berturut-turut. Tambahan lagi, program rakan gabungan kami telah dikenalpasti sebagai yang terbaik dalam 2017 di kalangan semua broker Forex.

Pakar-pakar Akademi tersebut menilai kerja-kerja setiap broker berdasarkan 20 kriteria, yang meliputi tempoh masa syarikat beroperasi dalam pasaran, lesen-lesennya, dan terma perdagangan yang ditawarkan kepada pelanggannya. Bagi 2017, penilaian tambahan dalam aktiviti broker mengikut pedagang dan pelabur pasaran matawang juga telah ditambah ke dalam kriteria.

Maka, melihat kepada keputusan kewangan syarikat bagi 2017, kebolehpercayaannya, pertumbuhan pengkalan pelanggan, maklum balas diterima oleh syarikat yang mengenai kerja-kerjanya , dan banyak lagi faktor-faktor lain, pakar-pakar sebulat suara mengumumkan syarikat kami adalah pemenang dalam kategori-kategori yang telah disebut.

Seperti yang telah dilaporkan oleh majalah 'Stock Exchange Leader', Majlis Pakar-Pakar menekankan pencapaian-pencapaian NordFX seperti yang berikut:

  • menawarkan akses segera ke pasaran antara bank,
  • meningkatkan kelajuan pelaksanaan pesanan dan mengurangkan sebaran dengan menghubungkan pembekal-pembekal kecairan,
  • melancarkan program rakan kongsi dua tahap yang menawarkan terma paling menguntungkan dalam pasaran,
  • memperkenalkan perdagangan matawang kripto dengan ratio leveraj revolusi 1:1000,
  • memperkenalkan akaun perdagangan denominasi bitcoin baru.

Pencapaian-pencapaian lain termasuk mempersembahkan penyelesaian-penyelesaian inovasi yang bukan sahaja meningkatkan kualiti pengalaman pedagang, pelabur dan rakan kongsi, tetapi juga mengurangkan risiko perdagangan serta risiko bukan-perdagangan. 


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami