Januari 7, 2018

Pertama sekali, suatu tinjauan semula bagi ramalan minggu lepas:

  • Nampaknya pasaran masih berada dalam cuti musim sejuk. Oleh itu dalam lima hari yang lepas, pasangan EUR/USD bergerak dalam saluran sisi yang sempit, di antara 1.2000-1.2085 dan mengakhiri tempoh lima hari pada tempat yang sama ia bermula, iaitu 1.2030;
  • ia adalah sukar untuk membayangkan kenaikkan 40-mata seminggu sebagai pertumbuhan yang serius.  Sebaliknya ia melambangkan suatu trend sisi sekali lagi, yang mana GBP/USD berada dalam koridor 1.3493-1.3611. Tidak seperti EUR/USD, lebarnya adalah sekurang-kurangnya melebihi 100 mata;
  • USD/JPY naik sebanyak 40 mata juga, menunjukkan keinginan untuk kekal dalam koridor 112.00-113.75 buat masa ini. Ini merupakan bacaan analisis graf yang telah kami umumkan minggu lepas. Setelah mencapai had bawah lingkungan ini dengan pantas pada Isnin 2 Januari, pasangan ini naik ke 113.30 pada hari Jumaat 5 Januari. Setelah itu, diikuti dengan lantunan 25-mata dan pasangan ini berbeku dalam zon 113.05;
  • USD/CH menunjukkan tren sisi yang klasik: 0.9745 adalah Titik Pivot. Minimum bagi minggu ini adalah pada 0.9698, dengan maksimum 99 mata lebih tinggi pada 0.9797.

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis daripada pelbagai bank dan syarikat broker, berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • EUR/USD kini berada dalam satu zon petanda: di antara tahap tertinggi dua tahun bagi penghujung musim panas/ permulaan musim luruh 2017, dan tahap terendah Jun 2010 dan Julai 2012. Ini jelas kelihatan dalam graf W1 dan MN. Zon ini boleh digelar "Rintangan Dekad Ini"; dimana hala tuju gerakan pasangan ini dari sini adalah bergantung kepada acara-acara ekonomi dan politik besar. Acara-acara ini tidak dijangka akan berlaku dalam minggu ini. Ini sebabnya pendapat para pakar adalah  terbahagi dua pada ketika ini.
    55% daripada mereka, dengan sokongan analisis graf dan pengayun pada D1, berpendapat pasangan ini akan cuba merentasi rintangan 1.2100 dan kemudian naik ke zon 1.2150-1.2200. Bagi 45% yang lain, mereka berpendapat pasangan ini akan jatuh ke Titik Pivot jangka sederhana saluran musim panas/musim sejuk 2017 (1.1830). Kemudian pasangan ini berkemungkinan naik lebih tinggi ke batasan bawah 1.1550-1.1650.
    Patut dinyatakan bahawa dalam jangka sederhana, penyokong senario bear, mengharapkan dolar semakin kuat, naik dari 45% sehingga hampir 70%;

  • Bagi GBP/USD, kebanyakkan penganalisis (85%) berpendapat pasangan ini akan jatuh. Sokongan terdekat ialah 1.3400, sasaran ialah 1.3300.
    Hanya 15% daripada penganalisis menjangka senario alternatif, berserta hampir 100% penunjuk trend dan pengayun. Mereka menjangka ketinggian 1.3655 dan berpendapat pasangan ini hanya akan turun selepas mencapai ketinggian ini;
  • USD/JPY. Analisis graf pada D1 masih menunjukkan koridor sisi yang berterusan. Sungguhpun begitu, umpama menjangka penamatan cuti Tahun Baru, ramalan kemeruapan telah dinaik taraf, dengan batasan koridor dikembangkan dari 112.00-113.75 ke 111.60-114.40. Ingat bahawa zon 111.60 adalah Titik Pivot saluran jangka sederhana 108.00-114.75, yang mana pasangan ini telah berada sepanjang tahun lepas. 65% daripada pakar berpendapat situasi ini akan berterusan.
    Selepas ini, akan diikuti dengan suatu lantunan ke atas. Jika pasangan ini mampu merentasi batasan atas saluran ini, sasarannya adalah 118.60, maksimum tahun 2016. Kemungkinan ini tidak dinafikan oleh 55% daripa para penganalisis;
  • Pasangan terakhir dalam ulasan kami adalah USD/CHF. Masa Tahun Baru sebegini mengingati kami akan "Selasa Hitam" pada 15 Januari 2015. Pada ketika itu, disebabkan oleh Bank Pusat Switzerlan, pasangan ini runtuh dari 1.0200 ke 0.6700, kehilangan lebih kurang 35% daripada nilainya. Walau bagaimanapun, pasangan ini pulih kembali sepenuhnya dalam hanya dua bulan. Ini sekali lagi membuktikan sifat spekulatif pasaran yang begitu gopoh.
    Bagi ramalan dalam masa depan terdekat, sama seperti minggu lepas, lebih kurang 85% daripada pakar berpendapat pasangan ini mampu merentasi paras sokongan 0.9730 dan jatuh ke zon 0.9600-0.9650. Lantunan dijangka akan berlaku seterusnya dan pasangan ini dijangka kembali ke pariti pada 1.0000.


NordFX menawarkan kepada anda, peluang untuk berdagang matawang kripto (Bitcoin, Litecoin dan Ethereum) dengan leveraj 1:1000!

Sebaran adalah minimum, buka akaun dalam hanya 1 minit.

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Promosi
dan Bonus
Keadaan dan tawaran istimewa untuk dagangan yang menguntungkan. Ketahui Lagi
Ikuti Kami