Disember 30, 2017

Ramalan ini ditulis pada Sabtu, 30 Disember, sebelum tahun baru 2018. Seperti tradisi sebelum ini, sebelum membuat ramalan bagi tahun yang akan datang, kami akan mengulas apa yang telah berlaku dalam tahun ini:

Jika anda masih ingat, beberapa bulan yang lepas, kami telah berbincang mengenai ramalan EUR/USD yang diberi oeh ahli-ahli strategi daripada bank-bank utama dunia.

Dalam 80 bank yang menerbitkan ramalan mereka dalam Jun, hanya 23 daripada mereka yang meramalkan kenaikkan ke $1.15 menjelang akhir tahun. Lagi kurang daripada mereka yang berpendapat pasangan ini akan mencapai $1.18.
Analisis daripada Imperial Bank of Commerce Kanada pada umumnya adalah bull, berpendapat pasangan ini akan berdagang berdekatan $1.14 menjelang akhir Disember. Pendapat Bank of America Merill Lynch adalah seperti berikut; 1.15 pada penghujung tahun 2017 dan 1.19 pada penghujung 2018.
Ramalan Rand Merchant Bank adalah lebih konservatif bagi musim panas ini, meramalkan pasangan ini pada $1.12 pada pertengahan tahun depan. Kajian Bloomberg juga menghasilkan keputusan yang serupa, iaitu $1.13. Penganalis BNP Paribas berpendapat pasangan ini akan mencapai 1.15 dalam Q1 2018.
Ahli strategi dari bank kedua terbesar Jerman, DZ Bank AG adalah ebih tepat, tetapi mereka tidak menjangka EUR/USD akan menyambut Tahun Baru pada paras 1.20. Ramalan Societe Generale pula adalah tepat.

Pada umumnya terdapat ramai orang yang mempunyai banyak pendapat yang berbeza-beza. Maka, kami cuba untuk menyatukan pendapat-pendapat ini dan melakar satu saluran dalam batasan .15–1.21 bagi EUR/USD. Ini terbukti tepat dengan pasangan ini mencapai minimum 1.1553 pada 7 November dan puncak 1.2092, pada 8 September 2017.  

 

Apabila membuat ramalan bagi masa depan, mengukur sentimen pasaran dalam minggu pertama Januari adalah mencabar; bacaan adalah lebih jelas setelah pasaran dibuka semula dalam Tahun Baru. Maka kami menawarkan ramalan kami bagi Q1 2018, dan bukan minggu pertama Januari. Ini merangkumi pendapat-pendapat penganalisis daripada satu rangkaian bank-bank dan syarikar brokeraj, bersama dengan bacaan daripada pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf.

  • hampir 100% penunjuk trend dan lebih kurang 75% daripada pengayun pada D1, W1 dan MN berwarna hijau bagi EUR/USD. Sungguhpun begitu, hanya 20% daripada pakar-pakar yang bersetuju dengan pendapat ini: mereka mencadangkan lingkungan 1.2200–1.2300 sebagai sasaran.
    Pandangan yang berlawanan yang disokong oleh 80% daripada para penganalisis dan berpendapat pasangan ini akan jatuh ke Titik Pivot saluran jangka masa sederhana pada 1.1800. Selepas itu, pasangan ini akan terus jatuh ke batasan bawah saluran dalam lingkungan 1.1500–1.1550 . Satu suku daripada pengayun menjangka kejatuhan dan menunjukkan pasangan ini telah terlampau dibeli;
  • GBP/USD berada dalam situasi yang serupa, dengan perbezaan dalam angka peratusan. Hanya 10% daripada penganalisis berpendapat pasangan ini akan naik ke paras rintangan pada 1.4000, 25% menjangka pergerakan sisi sekitar 1.3500. Sementara itu, kebanyakan pakar-pakar (65%) percaya pasangan ini akan jatuh ke bawah setelah mencapai puncak Ogos-September 2016. Perlu dinyatakan adalah paras sokongan adalah berdekatan dengan 1.3000, dan yang seterusnya di 1.2800. Lebih kurang 15% daripada pengayun menunjukkan pasangan ini telah terlampau dibeli;
  • USD/JPY. Ramalan penganalisis dan isyarat penunjuk pada D1, W1 dan MN adalah sangat berbeza. Majoriti pakar-pakar (80%) berpendapat pasangan ini akan jatuh sedikit ke 111.00-112.00 dalam masa depan yang terdekat.
    Bilangan bear berkurangan secara drastik bagi selang masa W1 dan MN. 55% daripada penganalisis berserta 80% daripada penunjuk trend dan pengayun meramalkan pasangan ini akan naik ke batasan atas saluran jangka masa sederhana dalam 114.50–115.00.
    Analisis graf mencadangkan pasangan ini akan bergerak dalam koridor sisi sempit 112.00-113.75 sepanjang Januari;
  • pasangan terakhir bagi ramalan adalah USD/CHF. Lebih kurang 65% daripada pakar-pakar percaya pasangan ini akan berjaya melepasi paras sokongan pada 0.9730 dan seterusnya jatuh ke 0.9600. Selepas itu, pasangan ini akan melantun naik dan kembali ke pariti pada 1.0000.
    Walau bagaimanapun, satu pertiga daripada pengayun pada D1 menunjukkan pasangan ini telah terlampau dijual. Apabila kita melihat pada W1 dan MN, isyarat sedemikian tidak dijumpai. Maka kita tidak boleh menafikan suatu pembetulan kecil akan berlaku dalam beberapa hari yang akan datang, sebelum pasangan ini bergerak selatan ke paras sokongan pada 0.9600.

 

Para pedagang yang dikasihi,
NordFX menawarkan kepada anda, peluang untuk berdagang matawang kripto (Bitcoin, Litecoin dan Ethereum) dengan paras leveraj unik, 1:1000. Sebaran adalah minimum dan pembukaan akaun memerlukan kurang daripada 1 minit.

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami