Disember 3, 2017

Pertama sekali, suatu tinjauan semula bagi ramalan minggu lepas:

  • Seperti mana yang ditunjukkan oleh praktis, jika 25-30% daripada isyarat pengayun suatu pasangan adalah terlampau jual atau terlampau beli, suatu pembetulan boleh dijangka. Ini adalah apa yang berlaku dengan EUR/USD. Pada permulaan minggu lepas, ia kelihatan sedang menuju utara, melanjutkan trend utama bulan November, akan tetapi kekuatan bull melesap dengan pantas, dan pasangan ini jatuh kembali ke paras ditunjukkan oleh satu pertiga dari pada para penganalisis dan pengayun - kepada dasar setempat zon 1.1800. Sungguhpun begitu, ketika pasangan ini sedang jatuh, kekuatan bull mula kembali dan sehingga penghujung minggu, pasangan ini berjaya dibawa balik ke paras 1.1900 - boleh dikatakan kembali ke paras dimana pasangan ini bermula pada Isnin;
  • Dalam memberi ramalan bagi GBP/USD, 70% daripada pakar-pakar, analisis pada D1 dan semua penunjuk bersetuju bahawa trend menaik bagi pasangan ini, yang bermula pada Januari 2017, akan berterusan, dan ia akan meluru ke paras tertinggi September dalam zon 1.3650. Paras 1.3450 dinamakan sebagai rintangan terdekat.
    Ia adalah pengetahuan am bahawa kebenaran terletak di tengah-tengah. Maka, ia telah berlaku bagi kali ini juga - puncak maksimum yang mampu dicapai oleh pasangan ini adalah 1.3550, yang mana selepas itu, pasang ini kehabisan dorongan ke hadapan, dan mengakhiri minggu lepas dengan 1.3470;
  • USD/JPY. Pasangan ini diramalkan akan jatuh ke zon 110.00-110.50 diikuti dengan kenaikkan ke zon 112.00-113.45. Ini adalah apa yang telah berlaku, dengan sedikit perubahan. Pertama sekali pasangan ini jatuh ke paras 110.83, kemudian bertukar arah, naik sehingga ketinggian 112.87. Selepas itu diikuti dengan kejatuhan besar 140 mata, kemudian naik 80 mata dan ditutupi dengan 112.20;
  • Ramalan asas bagi USD/CHF adalah tepat juga. "Menuju selatan dan selatan sahaja," - dakwa 70% daripada pakar-pakar, analisis graf atas D1, 100% penunjuk trend dan 80% daripada pengayun. Sokongan adalah pada 0.975 . Pada masa yang sama analisis graf atas H4 bersama dengan 20% pengayun yang tinggal memberi amaran bahawa sebelum bergerak ke bawah, pasangan ini mungkin akan naik sebentar ke paras 0.9865.
    Ketepatan ramalan ini jelas kelihatan dalam carta pasangan ini - satu kenaikkan perlahan yang lancar sehingga ketinggian 0.9880, kemudian menuju selatan sehingga lingkungan 0.9722 dan minggu diakhiri pada 0.9760, hampir seperti yang diramalkan.

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis daripada pelbagai bank dan syarikat broker, berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • Sama seperti minggu yang lepas, 65% pakar meramalkan dolar akan terus lemah dan EUR/USD akan naik sehingga 1.2000. Tahap rintangan yang berikutnya adalah 1.2045 dan 1.2090, maksimum bulan Ogos. Kedua-dua analisis graf dan 95% daripada penunjuk bersetuju dengan ramalan ini. Bagi ramalan jangka-sederhana, bilangan penyokong bull berkurangan sehingga 35%, dan baki menyebelahi bear. Mengikut penyokong bear, bermula dari Ogos, pasangan ini berada di dalam trend melintang dalam lingkungan 1.1575-1.2090, maka, dengan berada di sempadan atas saluran ini, ia sepatutnya mengubah arah dan bergerak kembali ke Titik Pivotnya dalam zon 1.1835.
    Pada masa yang sama, apabila membuka kedudukan atas EUR/USD, acara-acara yang mungkin menyebabkan perubahan trend atau meningkatkan kemeruapan pasangan ini, perlu diambil kira. Antara acara-acara utama adalah mesyuarat ECB pada hari Rabu 6 Disember, penerbitan data GDP Eurozone pada hari Khamis dan penerbitan data pekerjaan US pada hari Jumaat;
  • Dolar juga dijangka lemah berbanding Paun British. Dalam pendapat 60% daripada pakar, analisis graf pada H4 dan D1, bersama dengan lebih kurang 90% penunjuk, hala tuju GBP/USD adalah maksimum 20 September pada 1.3650. Rintangan terdekat ialah 1.3600. Dalam kes trend berbalik sekarang, sokongan terkuat akan berada di paras 1.3325, 1.3265 dan 1.3050. Perlu dinyatakan di sini bahawa pasangan ini telah bergerak dalam koridor sisi 1.3050-1.3325 selama lebih kurang dua bulan dan hanya berjaya menembusi sempadan atas pada minggu lepas. Maka dorongan bear untuk kembali kepada rangka kerja ini adalah kuat, dan akan terlaksana pada peluang pertama. Hampir 70% daripada penganalisis tidak menafikan kemungkinan scenario ini dalam jangka sederhana;
  • Jika anda cuba membuat ramalan bagi USD/JPY menggunakan penunjuk, anda akan gagal berbuat demikian. Ada diantara mereka adalah dalam hijau, ada yang dalam merah dan ada yang dalam kelabu neutral, bagi kedua-dua H4 dan D1. Ini termasuk penunjuk trend dan pengayun.
    Di kalangan para pakar, mereka yang menyebelahi bull adalah lebih sedikit (60% melawan 40%), mereka berpendapat pasangan ini akan cuba sekali lagi untuk naik ke paras 113.30-114.00, dimana ia disahkan oleh analisis graf pada H4 juga. Walau bagaimanapun, jika kita lihat pada carta D1, dorongan bagi pasangan ini untuk cuba mencapai Titik Pivot saluran jangka sederhana 108.00-114.50 dalam kawasan 111.70 sekali lagi, adalah jelas. Jika garisan ini berjaya ditembusi, pasangan ini akan meluru sekali lagi ke sempadan bawahnya.
    Ini adalah sama sekali dengan apa yang diperhatikan dalam tempoh masa bermula 22 March ke 11 April, 17 Mei ke 6 Jun dan daripada 20 Julai ke 31 Julai tahun ini;

  • USD/CHF. 45% daripada pakar berpendapat bahawa setelah mencapai suatu paras sokongan/rintangan yang kuat pada 0.9760, pasangan ini akan naik ke rintangan 0.9845, dan jikalau berjaya menembusi, 100 mata lebih tinggi lagi. Analisis graf pada H4 dan D1 bersama dengan satu suku daripada pengayun menunjukkan pasangan ini telah terlampau dijual, undian bagi perkembangan ini juga.
    Menyentuh mengenai pergerakkan pasangan ini ke utara, perlu dinyatakan bahawa dalam jangka sederhana, bilangan penyokong bagi kenaikkan ke paras 1.0100, meningkat kepada 65%. Pada masa yang sama, ramalan bear bagi pasangan ini jatuh ke paras 0.9700 diterima oleh para penganalis (55%).

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Promosi
dan Bonus
Keadaan dan tawaran istimewa untuk dagangan yang menguntungkan. Ketahui Lagi
Ikuti Kami