Mac 12, 2020

Data menunjukkan pedagang paling berjaya adalah dari kalangan ‘bull’, iaitu mereka yang memilih kenaikan dalam pasaran. Kenyataan ini benar dalam pasaran saham. Ramai pengurus dana lindung nilai terbesar serta pelabur-pelabur sentiasa mencari saham di bawah nilai pasaran, jika diperoleh, dapat memberi pulangan yang besar.

Namun, bukan pasaran yang berkembang saja boleh memberi pulangan: penurunan, pasaran ‘bearish’ juga memberi hasil yang sama. Ia sama seperti apa yang digambarkan dalam filem terkenal ‘The Big Short’. Benar-benar sama, tapi dalam masa yang sama sukar untuk difahami oleh masyarakat umum.

Skrip filem berkenaan ditulis berdasarkan buku dengan judul yang sama oleh penulis Amerika dan wartawan kewangan Michael Lewis, yang berkata penerangan mengenai konsep yang kompleks terhadap audiens saja tidak mencukupi: mereka juga perlu memahaminya sendiri. Filem ini mengisahkan punca makroekonomi krisis gadai janji yang disokong pasaran sekuriti di AS. Walaupun penulis ruangan Forbes Steve Danning memuji ketepatan jalan ceritanya, terdapat persamaan antara filem ini dan bukunya - tiada penghargaan diberikan kepada lelaki disebalik krisis ini: jutawan John Paulson.

Bukan Paulson seorang saja ‘bear’ yang terkenal. Sebagai permulaan, mari kita ingat semula dari mana istilah ‘bear’ itu datang.

Penjelasan utama (dan yang paling biasa) ialah tidak seperti kerbau yang menanduk musuhnya ke atas, seekor beruang akan menerkam mangsanya ke bawah. Namun, ada pendapat mengatakan asal istilah ini berbeza. Contohnya, ahli sejarah kewangan E. Morgan percaya istilah ini berasal dari kurun XVII, ketika bursa saham pertama ditubuhkan di sebuah kedai kopi di London. Pada ketika itu, beberapa orang peniaga menjual saham yang bukan milik mereka. Semua peniaga tersebut dikatakan menjual kulit beruang yang belum diburu. (Kulit yang disebutkan itu kini dikenali sebagai opsyen dan niaga hadapan).

Jadi, bagaimana untuk mendapat pulangan dari sesuatu yang bukan milik kita?

"Teorinya, semua nampak ringkas," kata John Gordon, seorang penganalisa bersama syarikat broker NordFX. "Jika anda terfikir kot yang diperbuat dari kulit beruang tidak lagi menjadi ikutan. Respon yang harus anda berikan ialah menghampiri rakan anda dan meminjam kot seperti itu daripadanya, berjanji untuk memulangkannya dalam masa enam bulan. Setelah pakaian itu diterima, anda terus menjualnya dengan harga $1000, kerana ia masih mendapat permintaan.

Kita berhenti seketika di sini: anda tidak lagi memiliki kot berbulu beruang, tapi anda memiliki $1000 dan ia wajib dipulangkan selepas setengah tahun.

Dalam masa enam bulan seterusnya, aktivis hak asasi haiwan tiba-tiba mencapai persetujuan dan memakai kot yang diperbuat dari bulu haiwan bukan lagi satu fesyen: ia perbuatan tidak senonoh. Pada masa ini, anda kembali ke pasaran dengan membeli sehelai kot berbulu murah berharga $150 dan mengembalikannya pada rakan anda. Urusan ini telah selesai, anda mendapat keuntungan sebanyak $850."

"Dengan mengikut skema inilah ‘bears’ menjalankan operasinya di pasaran kewangan moden," kata John Gordon lagi. "Jika dulu menggunakan kulit bulu, kini mereka meminjam saham dan wang dari bank ataupun dana, dan memberi semula faedah berdasarkan saiz transaksi tersebut kepada kreditor.

Operasi ‘bear’ yang mungkin paling diingati adalah kejatuhan pound British di pasaran Forex yang didorong oleh George Soros pada tahun 1992, apabila dia dan Dana Quantum miliknya menggunakan dana yang dipinjam membanjiri pasaran dengan sejumlah besar pound British, iaitu bersamaan 15 bilion dolar nilai masa ini.

Pemangkin operasi ini ialah pengeluaran sebut harga oleh ketua German Bundesbank Helmut Schlesinger, yang diperkatakan oleh akhbar ‘The Wall Street Journal’ dan ‘The German’. Kedua-duanya menulis walaupun selepas kadar faedah di Jerman menguncup, satu atau dua matawang Eropah akan menerima tekanan.

Begitu saja ia berlaku! Soros dan ahli kewangan di seluruh dunia menyimpulkan satu daripada matawang itu adalah British pound, yang pada waktu itu telah terlebih nilai. Soros kemudiannya menjual pound sterling miliknya (atau lebih tepat lagi, wang yang dipinjamnya). Disebabkan penjualan itu, ramai ahli kewangan lain turut membuat perkara yang sama, dan Bank of England terpaksa membeli keseluruhan wang tersebut demi untuk mengekalkan ketetapan kadar tukaran.

Percubaan itu gagal: British menyerah kalah disebabkan oleh sebut harga yang telah disalah erti oleh wartawan (dengan sedikit pertolongan dari Soros) pound jatuh sebanyak 15% berbanding mark Jerman dan 25% berbanding dolar AS. Hasilnya, nilai terkumpul dana Quantum sebanyak $15,000,000,000 naik menjadi $19,000,000,000 dan beberapa bulan kemudian, nilainya menjadi $22 bilion!

Pengambilalihan oleh Soros ini membuktikan pepatah terkenal dikalangan ahli kewangan, iaitu "wang diperlukan bagi menaikkan harga, tetapi harga akan jatuh disebabkan nilainya."

Yang menariknya, pengalaman kerajaan John Mayor ini bukanlah serangan ‘bearish’ pertama yang dihadapi UK. Peristiwa yang harus diberi perhatian boleh dilihat pada tahun 1720, apabila kejatuhan harga telah dimulakan oleh Parlimen British melalui penerimaan Akta Tukaran Diraja, menyebabkan harga saham kebanyakan syarikat menjunam. Hasilnya, bukan saja pemegang saham biasa yang kerugian, malah ramai ahli perniagaan, ahli politik dan keluarga diraja turut menerima nasib sama. Saintis terkenal Isaac Newton kerugian semua hartanya: 20 000 pound sterling (bersamaan 2.5 juta pada hari ini), dan berkata dengan sedih selepas itu: "Saya boleh mengira pergerakan bintang, tetapi bukan kegilaan orang ramai!".

Kembali semula ke ‘bear’ masa ini, kami tidak dapat melupakan Jim Chanos, yang memulakan karier beliau sebagai seorang pencuci salji, tetapi kemudian berjaya menjadi timbalan presiden di Deutsche Bank, sebelum memulakan dana lindung nilainya sendiri yang dipanggil ‘Kynikos’, bermaksud "Cynic" dalam bahasa Greek.

Nama yang sinis itu memenuhi strategi Chanos yang tertumpu khusus pada jualan pelbagai aset. Kynikos menjadi terkenal selepas kejatuhan syarikat tenaga AS Enron. Pada tahun 2014, taruhan dana Chanos terhadap kejatuhan harga minyak dan logam berharga telah membuahkan hasil.

Pelabur terkenal lain termasuklah Jesse Livermore, yang mengejutkan pasaran dengan melakukan posisi short yang pantas, dan mendapat gelaran 'The Great Wall Street Bear'.

Ketua dana lindung nilai Centaurus, John Arnold, adalah seorang lagi ‘superbear’: beliau mendapat keuntungan sebanyak 217% ketika kejatuhan harga gas pada 2006, hingga membankrapkan pesaingnya, Amaranth - yang rugi $6 bilion dalam satu minggu.

Laman web SumZero akan menilai dengan kerap pelabur yang bertaruh pada penurunan. Antara individu yang terkenal adalah seperti berikut:

  • Sejak 2013, Burt Ross (Wagamon Advisors) telah berjaya melakukan tiga transaksi, kejayaan paling diingati adalah pada penurunan harga saham Walter Energy: mereka kehilangan nilai sebanyak 99.52%.
  • Seorang lagi adalah Ben Springer (Spruce Point Capital Management), di mana urusan paling berhasil adalah pada jualan saham Syarikat James River Coal: ia memberikannya keuntungan sebanyak 99.92%.

"Seperti yang anda lihat," simpul J. Gordon, "seseorang itu boleh berjaya, dan kaya-raya dalam kejatuhan pasaran. Seperti jutawan Greek Aristotle Onassis pernah berkata, anda perlu tahu sesuatu yang tidak diketahui orang lain untuk melakukannya… "


« ARTIKEL BERGUNA
Ikuti Kami