Disember 14, 2016

Satu dari petunjuk Forex yang sering digunakan, diperkenalkan oleh Bill Williams adalah ‘Alligator’. Semasa menjelaskan tentang petunjuk ini, penciptanya berkata, transaksi harus dibuat hanya ketika Alligator membuka mulutnya. Reptilia yang lapar, bererti ia adalah permulaan trend. Apabila sudah kenyang, ia menutup mulut, bermaksud berakhirnya trend dan penutupan posisi.

Ia menunjukkan trend yang sangat jelas, tetapi menurut statistik, semuanya berlaku dalam 20-25% dari jumlah masa, selebihnya hanya trend rata. Jadi, perlukah kita berhenti pada tempoh masa ini? Sudah tentu tidak!

Alligator tidak aktif semasa trend rata, dan pergerakan ketiga-tiga alirannya berselirat (carta A pada rajah). Ingat, lebih mudah untuk melukis garis support dan resistance di kawasan ini, kenal pasti sisi sempadan pergerakan pasangan matawang (garis merah pada carta A dan C).

Seperti contoh di atas, keluasan pada tempoh masa H4 adalah sekitar 200 poin, memberi peluang cerah untuk mendapat keuntungan.

(Jika anda menghadapi kesukaran untuk melukis aliran ini, anda boleh gunakan satu daripada petunjuk yang direka bagi tujuan sama).

Apabila menggunakan strategi ‘Satisfied Alligator’, posisi Jual dibuka apabila harga mencapai paras resistance, manakala posisi Beli dibuka ketika harga jatuh ke paras support (anak panah pada Carta C).

(Nota: Konsep paras support dan resistance adalah bersyarat. Ia lebih sesuai digelar zon daripada paras, kerana kelebarannya (disebabkan tindak balas) mungkin mencecah sehingga 15-20 poin).

Untuk mengesahkan pembalikan harga, selain dari candlestick, satu dari oscilator seperti MACD (carta B) boleh digunakan. Namun, isyarat tersirat akan ditunjukkan oscilator semasa trend rata, dan kadang kala isyaratnya salah. Lebih baik untuk menggunakan lebih dari satu petunjuk sebagai contoh Heiken Ashi (carta C), yang bersepadu dengan terminal MT4 dan MT5. Untuk menentukan dengan tepat keadaan transaksi pembukaan, petunjuk ini bukan saja boleh diguna pada tempoh masa yang didagangkan (H4 dalam kes ini), tapi juga pada tempoh masa pendek. Keadaan semasa harga naik semula ditunjukkan pada pecahan D.


« Panduan Pedagang Mengenai Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami