Disember 14, 2016

Kalkulator pedagang adalah cara cepat dan mudah untuk mengira keuntungan

Kalkulator pedagang NordFX Online terletak di tab «Alatan» (https://ms.nordfx.com/do/calculator) dan boleh diguna pedagang baru dan juga yang berpengalaman. Anda boleh membuat kiraan harga dan dengan bantuannya, mengetahui saiz sebaran dan swap, juga margin yang diperlukan untuk setiap jenis akaun. Dalam beberapa saat, anda bukan saja mengetahui semua parameter dagangan yang penting, malah pengiraan saiz anggaran keuntungan (atau kerugian) beberapa posisi dalam masa yang sama. Risiko untuk salah dikurangkan kepada kosong kerana semua tetapan akaun akan terus dimasukkan ke dalam kalkulator.

Bagaimana untuk mengunakannya?

Sangat mudah!

Pertama sekali, pilih jenis akaun dagangan anda.

Terdapat 5 jenis akaun yang NordFX tawarkan - akaun Mikro, 1:1000, Standard, Standard-MT5 dan MT-ECN serta Premium. Anda boleh baca butiran dan faedahnya di laman web NordFX (https://ms.nordfx.com/accounts.html).

Kemudian di tetingkap "Leveraj" pilih leveraj yang anda guna sekarang. Pada masa sama, klik pada tetingkap ini, anda boleh mengetahui saiz leveraj yang dibenarkan untuk sesuatu akaun.

Sebagai contoh, jika hanya ada satu saja leveraj 1:1000 pada akaun MT-ECN, anda boleh pilih leveraj 100, 200, 500 ataupun 1000 pada akaun 1:1000, membolehkan anda membuat transaksi dengan lot standard ($ 100,000), jika deposit anda melebihi $100.

 

 

Pada tetingkap baru - "Matawang" - seperti namanya, hanya terdapa dua pilihan - Euro atau dolar US.

Setelah anda menentukan matawang pada akaun dagangan anda, skrol ke bawah ke tetingkap "Pilihan Dagangan". Tiada masalah buat anda di bahagian ini.

Tetingkap pertama adalah "Alatan". Pilih pasangan matawang untuk transaksi yang akan anda atau atau telah pun dibuat di sini. Seperti leveraj, kalkulator ini akan memberi pilihan yang hanya tersedia untuk sesuatu jenis akaun.

Kemudian, anda perlu mengisi ruangan berikut:

  • Volum transaksi anda (dalam lot, paling kurang 0.01, maksimum 100)
  • Arahnya (Beli atau Jual),
  • Harga buka dan anggaran harga tutup, yang akan anda guna untuk urusan itu, sama ada secara manual atau guna Henti Rugi atau Ambil Keuntungan.

!!! Ambil perhatian pada tetingkap "harga buka", kalkulator akan paparkan sebut harga semasa untuk pilihan pasangan matawang sedia ada.

Itu saja, anda tidak perlu mengisi ruangan lain, hanya klik pada butang "Kira", dan anda boleh mengetahui:

  • Berapa nilai pengiraan transaksi ("Harga penyelesaian") semasa ia dibuat,
  • Berapa keuntungan diperoleh, jika harga bergerak 1 poin ke arah pilihan anda ("Harga Poin"),
  • Apakah purata sebaran untuk pasangan matawang, cth., perbezaan antara harga belian dan jualan (Minta dan Bida),
  • Apakah swap ia, - bayaran untuknya, atau premium untuk memindahkan posisi terbuka pada keesokan hari,
  • Margin, jumlah minima dana yang perlu ada dalam deposit (akaun dagangan), mengambil kira cagaran yang akan dibuat untuk transaksi sesuatu volum,
  • Dan berapa keuntungan jika anda membuat transaksi dengan keputusan yang tepat, atau kerugian jika membuat keputusan yang salah (ia tetap akan berlaku).

Jika anda mahu mengubah data, seperti volum transaksi, terdapat penyunting data yang boleh digunakan (bersebelahan nombor posisi).

Satu lagi ciri penting pada Kalkulator Pedagang adalah potensi untuk menambah satu atau beberapa posisi pada pengiraan. Klik pada "Tambah posisi", dan anda akan mendapat jumlah hasil dagangan untuk beberapa transaksi ("Jumlah Pendapatan") dah juga dana percuma yang diperlukan bagi keuntungan yang ditentukan terlebih dahulu ("Jumlah Margin").

Jika terdapat sebarang masalah menggunakan Kalkulator Pedagang, anda boleh hubungi Khidmat Sokongan NordFX (http://ms.nordfx.com/do/support/) atau tanya kami di media sosial. Kami bersedia untuk membantu anda!

Pasukan NordFX


« Panduan Pedagang Mengenai Pasaran
Promosi
dan Bonus
Keadaan dan tawaran istimewa untuk dagangan yang menguntungkan. Ketahui Lagi
Ikuti Kami