Disember 6, 2016

MetaTrader 4 (MT4) adalah platform paling terkenal di dunia untuk dagangan Forex online buat masa ini, juga untuk transaksi logam berharga. Ia boleh membuat dagangan untuk pelbagai tempoh masa, menggunakan pelbagai jenis pesanan sama ada pelaksanaan segera atau tertangguh. MT4 menyajikan analisis teknikal yang meluas, jumlah penggunaan petunjuk dan robot dagangan yang banyak, serta dapat menyalin isyarat pedagang profesional dalam mod automatik sepenuhnya.

Platform MT4 terdapat dalam versi komputer dan juga peranti mudah alih (iPhone / iPad / iPod and Android), membolehkan anda melakukan transaksi 24 jam sehari 5 hari seminggu serta mengawal akaun dagangan di mana-mana saja.

Jika anda berdagang untuk beberapa akaun dalam satu masa, terdapat MT4 MultiTerminal yang boleh anda gunakan.

Tambahan pula, anda berpeluang menggunakan MetaTrader 5 (MT5), versi terbaru dalam rangkaian MetaTrader dan menampilkan ciri-ciri lebih canggih dari versi sebelumnya.

1. Membuka akaun dan memasang terminal MetaTrader.

Untuk mula berdagang, anda perlu buka akaun dagangan bersama broker, dan memuat turun platform dagangan (terminal) dari laman web broker ke peranti anda.

Note: Walaupun terdapat perbezaan antara platform MT4 dan MT5, kami akan gunakan platform MT4 sebagai contoh dalam pemasangan serta mengoperasikannya, kerana ia menjadi kebiasaan dan lebih popular dikalangan pedagang.

Untuk:

  • membiasakan diri dengan platform dagangan,
  • merasai pengalaman untuk melaksanakan transaksi di pasaran Forex
  • dan tidak mengalami kerugian,

kami syorkan anda buka akaun demo terlebih dulu, di mana anda boleh berdagang dalam masa nyata, tetapi menggunakan wang maya. Jika anda sudah yakin, mulakan dengan akaun sebenar, untuk mendapatkan keuntungan sebenar.

Sangat mudah untuk memasang terminal dagangan pada komputer anda, hanya beberapa minit saja dan tiada beza bila anda memasang perisian yang lain.

Anda hanya perlu mencari platform yang sesuai di laman web broker, klik "Muat Turun", dan jalankan fail tersebut pada komputer atau gajet anda, kemudian ikut arahan diberi.

Selepas anda memasang dan mulakan terminal, untuk mula berdagang, anda hanya perlu buat seperkara lagi - sambungkan akaun demo atau dagangan anda. Klik pada "Sambung ke akaun dagangan" di menu "Fail".

Selepas itu, masukkan data akaun - nama pengguna, kata laluan, server, ke dalam tetingkap yang terbuka dan klik "Siap".

Kini terminal anda sudah bersedia.

Anda boleh menonton video arahan bagaimana untuk mulakan platform MetaTrader pada broker NordFX di http://ms.nordfx.com/forex.html:

Perhatian! Jika terdapat sebarang masalah untuk membuka akaun atau memasang terminal, anda boleh minta bantuan di Khidmat Pelanggan yang disediakan broker.

2. Penggunaan Terminan MetaTrader

Anda boleh klik butang "Help" di bahagian paling atas terminal atau F1 pada papan kunci untuk mengetahui bagaimana cara mengendalikan terminal atau melihat ciri-ciri lain yang berguna untuk pedagang.

Anda juga boleh melihat video tutorial yang berguna di laman web NordFX di http://ms.nordfx.com/forex.html. Selepas menontonnya, anda akan ketahui bagaimana untuk membuka, menutup atau mengubah pesanan dagangan, menggunakan trailing stop, mencari transaksi lama, bagaimana menggunakan petunjuk untuk analisis teknikal, dan juga maklumat penting untuk dagangan yang berjaya di pasaran kewangan.

Sekarang kita hanya akan membuat langkah pertama untuk membiasakan diri dengan pembantu setiap pedagang, terminal MetaTrader.

Terdapat sebaris tab di bahagian bawah terminal, berikut adalah yang terpenting:

  • Trade”, menyediakan akses ke terminal dagangan, membantu anda membuka dan menutup transaksi, mengubah tetapan, dan juga memantau posisi terbuka anda serta status akaun;
  • Account History” memaparkan semua transaksi yang pernah dibuat dalam akaun anda;
  • News” berguna bagi mereka yang menggunakan analisis asas kerana ia memberi maklumat penting tentang apa yang berlaku dalam pasaran dunia secara online;
  • Market” membolehkan anda membeli dan menjual segala petunjuk, skrip dan robot dagangan;
  • Trade” membolehkan anda menyalin transaksi daripada pedagang berpengalaman secara automatik.

Di panel atas MetaTrader, terdapat tab untuk:

  • membuka pelbagai alatan carta - pasangan matawang dan logam berharga;
  • menukar tempoh masa carta;
  • memasang pelbagai isyarat analisis teknikal, yang ada pada MT4 dan MT5, pada carta dan juga menambah carta baru;
  • membuat dagangan automatik;
  • buka akaun belajar dan akaun sebenar yang baru;
  • melaras antaramuka terminal mengikut kehendak dan strategi dagangan anda

Sangat berbaloi untuk anda mengetahui fungsi penting ini, sebagai penguji strategi, membolehkan anda menguji robot pada data sejarah, menilai kecekapannya dan juga untuk mengoptimumkan parameter sedia ada.

Perlu diingatkan, jika terminal MT4 membenarkan hanya untuk menguji robot, anda juga boleh membuat ujian terhadap pelbagai pilihan petunjuk yang ada di MT5.

3. Contoh transaksi dengan bantuan MT4 dan MT5

Di terminal MetaTrader, anda boleh membuka carta dengan pelbagai alatan/simbol pada masa yang sama serta meletakkan juga pelbagai petunjuk.

Sebagai contoh, pada carta USD/JPY, letakkan petunjuk Alligator padanya dan jadikan bacaannya sebagai asas, ambil keputusan untuk membuka transaksi.

Buka tab "Trade" di bahagian bawah terminal, klik kanan padanya, pilih "Pesanan Baru" dan pada tetingkap yang terbuka, masukkan parameter transaksi:

  • Simbol (dalam kes ini pasangan matawang USD/JPY),
  • Volum Transaksi (bergantung pada akaun anda dan juga kemampuan anda untuk mengambil risiko. Kita letakkan 1 lot sebagai contoh)
  • Stop Loss dan Take Profit (ini adalah had kerugian dan keuntungan. Elok untuk anda menggunakannya, tapi bukan keperluan),
  • Jenis - pelaksanaan segera.

Jika anda merasakan harga di carta akan meningkat, klik butang «Jual». Jika anda fikir ia akan turun, klik «Beli». Dalam kes ini, kami rasakan harga akan meningkat justeru kami membuat transaksi pembelian.

Terminal MT4 dan MT5 mampu membuka sekurang-kurangnya 100 transaksi dalam satu masa untuk pelbagai alatan (atau yang sama) dan menutupnya, bergantung pada strategi dagangan anda.

Untuk menutup posisi, anda perlu menekan klik kanan pada tab "Trade", pilih "Tutup pesanan" dan klik untuk menutup transaksi.

Dalam kes ini, keuntungan sebanyak 40 poin bermaksud transaksi 1 lot memberi pulangan sebanyak $400.

Semua parameter transaksi iaitu masa buka dan tutup, volum, hasil transaksi, boleh dilihat kemudian apabila anda membuka tab "Sejarah Akaun".

Seperti dinyatakan di atas, terdapat banyak ciri dan fungsi yang ada pada terminal MT4 dan MT5. Artikel yang ada hanya bertujuan untuk memberi anda peluang membuat transaksi yang pertama.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang terminal dengan menekan "Help" di panel paling atas atau F1 pada papan kekunci komputer anda.

Anda boleh menonton video arahan di laman web NordFX di http://ms.nordfx.com/forex.html

Sudah tentu, anda juga boleh menghubungi Khidmat Pelanggan (http://ms.nordfx.com/do/support/), mereka berbesar hati untuk membantu sehabis mungkin.


« Panduan Pedagang Mengenai Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami